Total Pageviews

Sunday, November 20, 2011

Belajarlah menghormati rakan sejawat

Belajarlah menghormati rakan sejawat,
jika tidak suka kepadanya sekalipun,
jangan lupa untuk menghadiahkan senyuman,
Ingatlah,
jika anda rasa anda lebih baik,
pastikan anda sedar bahawa ada yang lebih baik daripada anda,
pelawalah sekali-sekala minum atau makan bersama,
biarpun dia mungkin menolaknya 
belajarlah memberikan ucapan tahniah atau takziah,
apatah lagi ucapan terima kasih
sekurang-kurangnya itu adalah tanda anda orang yang beradab,
bukan orang yang biadab.
dan janganlah marah-marah tak tentu hala,
dan mempertikaikan urusan orang,
hingga terlupa segala kebaikan mereka sebelum ini,
beri salam kepada mereka ,
sedarlah diri wahai manusia........
kalau rasa diri lebih baik
cari lah tempat lain dalam dunia ini untuk anda menunjukkan keangkuhan anda....

Tuesday, October 25, 2011

Hati Oh Hati

Hati oh hati,
kita bersihkanlah  hati,
moga indah pekerti,
kau jagalah hatimu,
anakku, sayangku,
agar bisa menjadi cermin diri
membina rasa tawaduk,
menghapuskan rasa takbur,
sayang seribu sayang
jangan kau lupa,
hati dibiar sepi
jasad dihias rapi
akhirnya layu dan  mati ....
sebelum mati...

Sunday, September 18, 2011

Teknik 4S 2i (Empat s Dua i)

4 S ialah:
Sabar
Sikap positif
Simpati
Senyum

2 I:
Ilmu
Ikhlas

Amalkan dalam komunikasi.Jika hari ini belum berjaya, hari esok mungkin masih ada peluangnya.Insya'Allah.Kita cuba untuk memperbaiki  diri dan membentuk pemikiran ke arah yang lebih positif.

Wednesday, September 14, 2011

Komunikasi Dalam Keluarga


Seorang ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam di sebuah restoran. Kebiasaannya, ayah    melarang anaknya bercakap sewaktu makan untuk mengelakkan makanan terkeluar daripada mulut. 

Tetapi kali ini kes yang berbeza ...
 
  Anak : “Ayah, di…”
  Ayah: “Diam! Sewaktu makan kita tidak boleh bercakap!”
 
  Setelah selesai makan…
 

Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
Anak : “Ayah, pada  daun salad yang ayah makan tadi ada seekor ulat!”


Ayah :   ????????????? 

 (Pengajaran: budi bicara juga penting dalam menguatkuasakan disiplin ahli keluarga) 
(bahasa diubahsuai daripada blog lawak jenaka) 


Sketsa Seorang Anak Kecil

Anak kecil itu
Yang baru semalam belajar bertatih
jatuh kembali
Air matanya berderai
Tangisnya mohon belas kasihan
Raungnya tanda kesakitan
Sedu-sedannya tanda kesedihan
Namun tiada tangan yang sanggup memimpin,

tangan-tangan kasar,merentap dengan mata merah menyinga
kebingitan suasana
menambahkan rasa marah yang menyala,
mereka sebenarnya sudah lupa,
mereka pernah jadi  anak kecil
pernah jadi bayi yang perlu dibelai mesra
mereka sudah hilang rasa ihsan 
menjalar rasa dendam
mengakar kesumat yang tak kunjung padam
Lantaran amarah yang membakar hati
Lantas mereka  tegar menyusun  langkah
Untuk memijak kaki sesiapa jua
Menampar muka mendabik dada
Takbur dan ujub menyulam rasa
Hingga akhirnya
mereka  terpijak  kaki  mereka  sendiri
dan akhirnya tersungkur menyembah bumi
rebah bersama keegoan dalam diri
yang memamah dan meratah kendiri.

tinggallah anak kecil itu yang kehausan
mengharapkan belas kasihan
kering airmatanya 
tiada siapa yang pedulikan.
 
nukilan:
ESA ALHAJ

Thursday, September 8, 2011

Empat Jenis Manusia

Empat jenis manusia dalam mendapat kebahagiaan hidup:
1. Manusia yang bahagia hidupnya di dunia, tetapi menderita di akhirat
2. Manusia yang menderita hidupnya di dunia , tetapi bahagia di akhirat.
3. Manusia yang  menderita hidupnya di  dunia, dan menderita juga di akhirat.
4. Manusia yang bahagia hidupnya di dunia, dan bahagia di akhirat.

Petikan (Kitab Ihya Ulumiddin : Imam Ghazali)

Justeru, selagi kita masih hidup di dunia ini, masih bernafas, marilah kita  pilih jalan yang sesuai dan amalan yang baik untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Dirikanlah solat, tinggalkan kejahatan. 

Tuesday, September 6, 2011

Anda Sihat?

Soalan hari ini  ialah anda sihat?sihat dari segi fizikal, mental/spiritual?
Jaga kesihatan anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam, dan sekurang-kurangnya berjalan kaki setengah jam atau sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari .Jika masih tidak mampu, cubalah dengan berenang,atau permainan-permainan lain yang sesuai dengan hobi dan kebolehan anda. Banyakkan minum air (8 gelas sehari). Berfikirlah secara positif dan berdoa untuk kesihatan diri anda. Semoga anda sihat...