Total Pageviews

Tuesday, March 17, 2009

Pertandingan Boling Tenpin KAGUM Peringkat Kebangsaan 2009(Acara Pegawai)


Sebanyak 20 pasukan boling telah bertanding dalam pertandingan boling antara pegawai IPGM Peringkat Kebangsaan. Masing-masing telah menunjukkan pelbagai kepakaran dalam permainan boling . Kategori lelaki dan wanita (4 orang sepasukan ) diadakan dalam pertandingan ini. Semangat kesukanan jelas terserlah dalam kalangan peserta yang terdiri dari staf IPGM seluruh Malaysia dan SSBP Bandar Penawar.
Keputusannya : Pasukan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim JB (A) menjadi johan, Pasukan IPGM Tuanku Bainun :Naib Johan,sementara pasukan IPGM Temenggong Ibrahim JB (B) mendapat tempat ketiga.Dapatlah juga tempat yang agak baik daripada 20 pasukan boling yang bertanding. Tahniah kepada pasukan yang berjaya mendapat tempat yang baik, sementara bagi pasukan yang belum berjaya, cuba lagi pada masa akan datang.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berbahagia Puan Pengarah IPGM Kampus Melaka.
Terima kasih Puan!!

Wednesday, March 11, 2009

Hari Yang Bahagia...

Hari apa hari bahagia,
tanya anak kepada ibunya;
Ibu menjawab hari raya,
anak tersenyum nampak giginya.



Hari apa hari bahagia,
tanya guru kepada muridnya;
hari cuti itu jawabnya,
guru tersenyum jernih mukanya.




Hari apa hari bahagia,
tanya kuli kepada taukehnya,
hari cuti kita berniaga
untung banyak wang berjuta.

hujan lebat timur dan barat,
pergi berniaga membawa bekal;
bahagia di dunia, bahagia di akhirat,
itulah harapan orang berakal.






Sebuah Kehidupan

Soalan:
1. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak berdasarkan baris-baris sajak rangkap 1?
2. Ungkapan 'terjaga dalam mimpi duka' bermaksud ...........
3. Terangkan maksud istilah : a) anugerah b)  membina c) kedamaian

SAJAK : KEHIDUPAN 
Kehidupan itu suatu anugerah
yang bisa membina seribu makna
lalu
insan yang terlena dibuai mimpi indah
kekadang terjaga dalam mimpi duka
lalu mengalir air mata
menyesali kesilapan semalam

Lantas,
seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan bapa
menagih simpati dari yang mengasihani
menagih kasih dari yang memahami
agar dia akan bisa menghirup udara segar
dari lembah kedamaian ini.
Nukilan :Esa